Gambar lame ni
Percutian yang sememangnya tidak ku duga dan akan menjadi kenangan yang terindah untuk kami sekeluarga. Hanya tinggal beberapa hari lagi aku bersama suami dan anak-anakku akan berangkat ke kota yang penuh dengan peninggalan sejarah lama Laksamana Cheng Ho dan ianya akan menjadikan satu memori yang tidak mungkin akan kami lupakan selama-lamanya. Terima kasih kucapkan kepada suamiku (zahri) kerana menghadiahkan kami percutian yang sangat istimewa bagi kami sekeluarga. I love u my hubby ( pelik pulak rasenyer) tak sabar rasanya hendak menjejak kaki ku tanah besar china yang penuh dengan lagendanya. "ibu kalau sampai Beijing abang nak ambil salji buat bulat2x pas tu nak baling kat muka ibu ya" ujar anak lelakiku.. kebetulan waktu yang akan kami pergi nanti adalah permulaan musim sejuk.. kami sekeluarga telah dinasihatkan untuk membawa baju winter kerana suhunya adalah negatif. Bertambah seronoklah aku dan anak-anakku kerana kami akan berada di sebuah negara yang berlainan musim .
Menurut hadis: Tuntutlah Ilmu sampai ke negeri China kerana sesungguhnya menuntut ilmu itu sangatlah wajib keatas setiap orang muslim...
Pernahku terbaca dalam satu blog dimana pengalaman mereka yang telah pergi pada musim sejuk awal Nov 2010 dimana telah turunnya salji tetapi hanya beberapa hari sahaja then stop n sambung semula pada penghujung Disember 2010..so kalau nasib kami baik ade rezeki maybe kami akan berpeluang merasai salji klu tak de rezeki so angin pun angin lah janji sejuknya tak same dengan Malaysia. Info dari pihak travel juga maklumkan salji hanya akan turun pada hujung bulan Disember hingga Januari manakala pada bulan November kita hanya berpeluang merasa angin salji saje . Walaubagaimanapun pihak Travel tetap mengarahkan kami menyediakan baju winter kerana musim sejuk disana terlalu sejuk takut kami sekeluarga tidak mampu mengawal keadaan perubahan cuaca yang mendadak.
Bayaran sekitar RM11,000.00 telah kami bayar selain menghantar gambar pasport dan pasport kami ke pejabat Andalusia Travel kerana tarikh akhir untuk memberi semua keperluan kami ialah pada 3 November , untuk urusan visa dan sebagainya. Kami akan berangkat pada 04 Nov 2011 hingga 07Nov 2011
Kini persiapan barang-barang dan maklumat pula perlu kami uruskan sebelum berangkat lebih kurang beberapa minggu dari sekarang.
Suhu kami dijangkakan sekitar -3 C.
Ini bermakna persiapan pakaian amatlah penting. Selain dari mendapat tip-tip berguna dari saudara mara kami yang pernah pergi kesana dan melalui suhu dibawah paras 0 , amatlah penting. Malah kami telah membeli baju baju sejuk untuk kami gunakan sewaktu berada disana.
Glove juga perlu dicari kerana kesejukan akan dirasai dibahagian tangan dengan mudah sekali , jadi antara tips yang diberi oleh kawan-kawanku ialah memastikan pakaian kulit digunakan untuk mengawal suhu badan kami terutama untuk anak-anak gadis kami.
Lotion dan lip balm juga penting kerana kulit akan mudah pecah dan luka dan kesihatan kita akan terjejas . Selain dari itu kami disarankan untuk mencari barangan keperluan di Universal Traveller Jusco Tebrau City, Johor Bharu tetapi barangan disitu agak mahal jadi kami sekeluarga bercadang untuk mencari barang-barang tersebut di kedai bundle dan juga di kedai Soxs World sahaja kerana di kedai tersebut juga ada menyediakan barang-barang keperluan untuk musim sejuk. Nak beli yang mahal takut membazir je lepas ni dah tak pakai lagi. Lagipun kami ni bukanlah kerap sangat pergi keluar negara. Inilah negara yang pertama kami pergi yang mempunyai 4 musim sebelum ni musim sejuk nya biasa-biasa je.
thermal wear
Thermal wear juga perlu untuk dipakai terlebih dahulu supaya kulit badan kita tidak tembus dengan suhu yang sejuk sebelum memakai baju sejuk yang lain yang berlapis-lapis. "
"Thermal Wear pun setidak-tidaknya pakai seluar tight", ujarnya lagi. "Just untuk protect kulit kita tak masuk suhu sejuk"... yang paling merisaukan aku anak bongsuku, puas aku cuba cari baju sejuk yang sesuai untuk babyku pakai tapi masih tak jumpa lagi..maybe aku terpaksa juga mencari baju sejuknya yang sesuai di Universal Traveller ..(mahal pun takpe janji tahan sejuk) Sebelum ni aku pernah beli baju sejuk di KLCC.. cuma aku dapat merasakan baju itu kurang cukup untuk menutupi tubuh sikecil ku ini. Melihat gambar-gambar yang ditunjukkan oleh blogger2x yang pernah pergi ke Beijing baju sejuk yang mereka pakai adalah lebih tebal. Aku mengambil keputusan untuk mencari baju sejuk yang agak tebal sedikit untuk si kecil itu walaupun agak mahal sedikit.
"Baju sejuk nak simpan dalam luggage dulu atau nak carry terus masa kat Airport", tanyaku lagi pada Eleeza staff Andalusia. "Bawak hand carry aje Kak , sampai dah terus sejuk , tak tahan nanti!". Apatah lagi kami akan transit di Airport Hong Kong sekitar 2 jam dan sampai di Airport Beijing sekitar 11 malam, pastinya satu kejutan suhu yang diluar jangkaan dan kebiasaan.
Hong Kong AirportSeronok juga untuk melalui pengalaman baru , apatah lagi untuk anak-anak kecilku, kami kena pastikan mereka "selamat" dan tidak mahu mereka sakit sewaktu kami disana nanti.
Beijing Airport
bersambung lagi.....
masuk ni dah 10 kali diorang ni try baju sejuk yg baru aku beli di KLCC tempoh hari..aku beli baju sejuk ni mase offer haritu kat Butik Guess tapi tak lah mahal sangat... Bayangkanlah setiap kali aku cuti hujung minggu diorang akan tanya "lagi berapa hari lagi bu kita nak pi Beijing..."terharu pun ade kelakar pun ade...tak pe lah selagi ibumu masih hidup dan murah rezeki ibu akan bawa anak-anak ibu kemana jua .....